3jun 2012
Saturday, June 2, 2012 | 8:03 PM | 0 comments
Assalammualaikum..
Hari ini sepatutnya aku ada kerja. Tetapi sejak semalam hati tak tenteram. Memang lah petanda Allah berikan melalui hati ini. Hari ni, seperti yang aku duga ia terjadi. Biarlah ia menjadi rahsia hati. Kerana inilah dunia ku. Dugaan ku. Aku terima dengan redha. Biar kan aku menangis hari ini, jangan aku menangis di hari kelak.. Biarkan aku menangis hari ini, jangan kelak ibubapa yang menangis. Biarkan aku menangis hari ini, kerana kelak aku akan tertawa. Biarkan aku menangis............... Hati ini hanya Allah yang tahu. Terima kasih Allah. Hanya Kau pengubat hatiku..dan percayalah dibalik senyuman itu ada ceritanya.. Wallahualam.
NOta penting?
Tuesday, April 24, 2012 | 5:41 AM | 0 comments
NOta penting ke?
Holla peeps! today i'm sooooooooooo frustrated !! because of some people! saya suka mengajar orang. Tapi make sure bila diajar salin la. ambil pen dan kertas bukannya susah. Kalau ada buku dan pen, automatic dia akan paham, nak ajar pun seronok. Itu membuktikan attitude seseorang yang bersungguh-sungguh nak suruh diajar balik supaya betul-betul paham. Bukan sambil lewa, bila tengah ajar dia bercakap dengan orang lain, lepas tu tanya balik. "tak paham la, macam mana nak buat" Memang la tak ada benda dalam dunia nih yang senang. Tapi cuba fikir positive, "benda yang susah tu la aku boleh buat, baru orang proud of yourself!" cakap kat diri sendiri, motivate diri. Even aku pun selalu give up dan bukanlah seseorang yang especially clever nor gifted ! I'm just lazy.. sama je dengan korang. Sebab tu aku masuk KELEMU ! Lagi pun notes adalah salah satu alternatif yang boleh menguatkan memori yang lemah, dan mengelakkan rasa bosan, lepas tuh bila take note, kita akan betul-betul fokus dengan apa yang diajar sebab takut salah tulis. Haaaa. 99% otak kita nih memang tak boleh fokus bila belajar, kita dapat bagi 1% je ruang nak fokus.. Apa lah salah kalau kita take note kan, even tak paham, tak la menyusahkan orang lain yang nak belajar sebab dah ada note sendiri. Memang saya hipokrit, mulut cakap lain hati cakap lain, sangat tak ikhlas sebab nak jaga perasaan orang! Kadang2 terbatas, sampai orang lain jadi mangsa, and maybe a few of my classmate kat class tadi ada yang terasa hati dengan perangai saya. I'm so sorry ! I didn't mean it. Note yang minggu lepas jangan la buang, sayang, ilmu bukan berkali-kali orang nak bagi. Ustaz marah kalau kita buat luahan hati kat laman sosial, tak molek gitu, nanti mendatangkan sangkaan yang menyebabkan dosa, tapi ni bukan luahan, ini adalah fakta manusia disekeliling kita. salah satu pengalaman yang saya alami yang ingin dikongsi bersama dan bukanlah untuk mengaibkan sesiapa. Jadi jangan cepat perasan, saya hanya memotivasikan diri sendiri. Ampun maaf jika ada terguris hati. Tak simpan apa-apa. kosong-kosong. *tetiba keluar lagu najwa latif --,,--'
need some advice? :'(
Assalammualaikum.
Packaging to US
| 4:27 AM | 0 comments
Yeahhhh... Im done with the packaging ! waiting fer tomorrow! I'm going to the post office tomorrow to send this packaging! It will be fly over the sea. aahah. Malaysia-US. hopefully safe. I wonder how much the cost is? urmmm..
dear kazen ! I'm happy for you! ;))
Sunday, April 22, 2012 | 2:52 AM | 0 comments
Tadaaaaa. Assalammualaikum. t h i s i s m y c o u s i n. She has been engaged yesterday! sooooooo I'm happy for her! but honestly l'm a bit jealous! ahah yela, she same age wif me --,,-- fullstop! =D
Labels: life
Movie : Dream High 2
Friday, April 20, 2012 | 6:34 AM | 0 comments
Dream High 2
Now watching Dream High 2 !!
In Season Two, Kirin Arts High School has fallen from its top arts academy status into dire financial straits and is in danger of closing. This season follows a new group of students after the previous group graduated.
The school is taken over by OZ Entertainment Agency, who transfers their own idol stars over to the school to avoid the law that prohibits underage entertainers from performing after 10pm. Competition arises between the troubled students of Kirin and the newly transferred idols from OZ.
alaaaaaaaaaaaa. new season, new actors, new group students! why they don't continue the first season! tak dapat tengok Song Sam Dong! -,-
p/s: currently Obsess wif animated gif
Labels: movie
anime : Zombie Loan
| 4:42 AM | 0 comments
Zombie Loan
Kita Michiru, a timid high school girl, possesses the 'eyes of death' which let her see black rings on the necks of the people who are about to die. She soon notices that two of her classmates, Akatsuki Chika and Tachibana Shito, have the darkest rings she had ever seen, and learned that they are already dead and live only because they used a 'zombie loan' service. Now the three of them have to work to repay the loan.
Labels: anime
Itazura Na Kiss
| 4:22 AM | 3 comments
Itazura Na Kiss
Seriously!! lame killer! baru tau playful kiss ada version anime! erghhhh! !!!
Labels: anime
Kaichō wa Maid-sama! (会長はメイド様!),
| 4:00 AM | 0 comments
Kaichō wa Maid-sama! (会長はメイド様!),
Dylaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! nih macam best je! walaupun agak manga kan. ehh memang la --,,--
Please download for me! kalau tak nak pergi CC! -,-
comic dia pernah baca tapi tak tau pulak ada anime -,-
Labels: anime
anime: Howl's Moving Castle
| 12:37 AM | 0 comments
Howl's Moving Castle
Young Sophie Hatter is cursed by the Witch of the Waste, and turns into an old hag. Ashamed of how she looks, she flees into the hills where a moving castle roams the hills. It is said to belong to the young and handsome wizard Howl, who has a bad reputation. Within the castle, Sophie befriends the fire demon Calcifer, who promises to help her become young again. One catch: she must help Calcifer to be free of Howl, and Calcifer cannot tell her how. However, Sophie agrees to stay and try to find out about the contract through other ways. Still, Howl can see that Sophie is under a spell like Calcifer can, and he falls in love with her for who she is and not for what she looks like. Sophie manages to bring life to the moving castle, and she helps Howl to face his former tutor, Madam Suliman.
The castle is moving! Incredible !! I started to watch anime Movie! Oh my! What a super --,,--
Michael Fisher
Howl's 15 year old apprentice. He originally lived in Porthaven until both his parents died, leaving him an orphan. He had to leave his house because he couldn't pay the rent and slept on Howl's doorstep. Howl found him there one morning and told him to stay inside whilst he went out. Michael started talking to Calcifer and he believes that Howl was impressed with this when he returned. Howl didn't tell him to leave but he also didn't tell him to stay, so Michael started helping out of his own accord. He eventually became Howl's apprentice, and he does his best to make sure that Howl doesn't spend all their money. He often goes to Cesari's, a bakery in Market Chipping, where he buys pies and other baked goods. He met Martha there and fell in love with her. Sophie later realizes that she saw Michael at Cesari's on May Day before she was cursed by the Witch of the Waste. He's described by Sophie as "a nice boy, but a bit helpless in a crisis." He's rather nice and patient but isn't quite as fast-thinking as Howl, therefore making Mrs. Pentstemmon say he was "not smart enough to make trouble".
Sophie has entered into the door to see what happened in Howl past life
reference:Beautiful Anime
Labels: anime
1/1/2012 : First day 2012
Sunday, January 1, 2012 | 2:00 AM | 0 comments
Assalammualaikum.. Salam sejahtera.Fuhh hari ini, hari pertama tahun 2012, MNI dapat satu pengajaran.. iaitu, Jangan GELOJOH !! atau dalam erti kata lain................. sabar itu separuh daripada Iman.. ye adik adik! -,- Takpa.tak baik mengeluh kan.. MNI ambil pengajaran daripada kejadian tadi, tension nih.. tula orang yang tak sabar, ending selalu tak elok, awal tahun lagi dah buat perangai ye MNI -,- *"cakap ngan diri sendiri"........MNI bukan apa, 'curiosity' MNI membuak-buak dan menyebabkan MNI teruja nak tahu hasilnya..huhu malangnya..hampeh! Membazir je duit MNI -,- Takpa jangan mengeluh.. "cakap kat diri sendiri lagi".. =.='
Ohhh mesti tak tahu cerita apa lah yang MNI membebel dari tadi nih kan..MNI tak tau MNI cerita kat sapa tah nih.. kepada stalker2 MNI kat luar sana tuh kot..keep it up ;) perasan pulak ada stalker.heheh.. ohh cerita apa yer?..cerita dia macam nih...ermmm macam mana nak cerita eh?.. haaaa..MNI malas la nak cerita, sebab MNI banyak lagi kerja nak buat daripada menaip kat sini. bukan ada orang kisah pun.. mengadu kat MZ je laaaaaa.. tapi dia JAUH!!!! ;( Takda connection.. huhu.. "cakap kat diri sendiri lagi le tuh" =,=" apalah nasib. sekian.. terima kasih
31/12/2011 : last post for 2011~
Saturday, December 31, 2011 | 7:16 AM | 0 comments
31/12/2011 11:02pm
lebih kurang dekat sejam lagi nak ke tahun 2012.. sebenarnya, tahun baru nih tak payah diraikan dengan meriah, sebab ia hanya sekadar nombor.. dari 2011 betukar ke 2012.. nak sambut tuh boleh tapi biarlah sederhana, jangan sampai lupa daratan sehingga mencetuskan.........................
maksiat dan pembaziran. Cewaahhh ada macam ustazah pilihan tak? haha. Cita-cita tuh tak baik gelak. kan. Ingat senang-senang je nak jadi ustazah pilihan. Uishh kalau lah saya ditakdirkan, bertuahnye badan, dapat hafaz semua juzuk dalam Al-Quran.MasyaAllah.. doa-doa la kan ye.. Bebalik kepada tahun baru ni, sebenarnya saya dah lama buat azam, lepas je awal Muharam hari tuh, dah berazam dah..hehe. Tahun baru ke tak,itu berpandu kepada sifat individu itu sendiri. Dia macam penghijrahan la, kalau perangai sama je tak berubah, tak ada maknanya tahun baru.. Yang elok, daripada buruk kepada yang baik.. Alhamdulillah, saya masih lagi bernafas sehingga hari ini. Dah nak dekat 21 tahun hidup.. syukur kepada Ilahi.. Apa yang MNI azam tahun 2012? ahaaa. mestilah Tak boleh bagi tahu, sebab nanti azam MNI terbantut, haha. MNI akan usaha sebaik mungkin untuk capai azam2 itu.. Tapi cakap pun tak guna kalau tade usaha, ye tak. mana la tau hari nih bukan main semangat. tengok esok lupa terus. Kembali kepada kehidupan macam biasa. Azam semua berterabur..huhu. InsyaAllah kalau ada usaha adalah hasilnya. ye tak IMam Muda hikksss. lagi 5 tahun je lagi.MNI boleh sabar.. okeyhh kepada yang meraikan tahun baru nih. selamat tahun baru..kepada yang tak meraikan, macam MNI duduk rumah buat assignment.. selamat tahun baru juga.. assalammualaikum.. ^_^
Cerita sem5 : al-kisah digital photography
Monday, December 26, 2011 | 8:38 AM | 0 comments
assalammualaikum..hai hi...Al-kisah tentang sem 5 di tahun nih.. digital photography nih salah satu subjek yg MNI wajib ambil.. benda yang kena ada untuk subjek nih, digital camera la kan!!!
-,- kepada yg tak tahu, digital camera tuh org sekarang panggil DSLR. haha :p banyak jenama, tp MNI prefer kepada canon la ye. Nikon mahal.hehe.. Apa pa pun, kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan bidang nih, korang pikir 2, 3 kali dulu, nak beli camera, beli yg second hand je.ok?haha ehhh jap intro je ni................hehe.. sebenarnya MNI nak cerita betapa penat nyer jadi photographer nih la kan. MNI tak suka sangat bidang photographer nih. sebab MNI nih malas. Malas nak amik gambar.lalalala. Ye la, nak jadi photographer nih kena ada minat,bukan minat je, tapi kena kreatif jugak..errrr.. oke dah habis dah cite pasal introduction...
Ok, cerita masa mula-mula MNI masuk kelas photog ni, MNI rasa macam teruja gila, yela nak belajar benda baru mestilah teruja..budak baru nak up memang cengitu -,- MNI rajin datang kelas, sebab duit weyhh.. aku bayar mahal tak datang memang bodoh!! opss.. start first kelas ok lg, second kelas pun ok.. start minggu ketiga, perghh assignment bertubi-tubi pulak datang. Dalam hati cakap tak pe, assignment nak panas kan badan je nih. kan, assignment dia kena cari human interest dan sebagainya. start time tuh barulah tau human interest tuh apa benda. dulu tak tau, buta ilmu..heheh. panas-panas pun redah lah, nak belajar punya pasal. ok assignment siap. Nak hantar nih.. last2 lecturer cakap "nih bukan assignment ye, nih exercise jerrrr!!". hampeh gila rasanyer....... lepas tuh, dapat tugasan baru.haa yg nih baru betul, ada 7 assignment yang dikehendakai. kami disuruh pergi buat trip satu kelas la nak buat assignment kononnya. Seronok la jugak kan ada trip, baru rasa macam budak 'U'.. haha tapi ya Allah mahal bebenor ongkosnya! lol.. kitoorang kena bayar rm15o satu kepala la.. so, pergilah kami trip beramai-ramai selama 2 hari satu malam.. waaaaa dalam bayangan best gila trip nih nanti, walaubagaimanapun, apa yang kita bayangkan selalu lain yang jadi.. kan lumrah letuh..huhu. balik je kolej, kami kononnya harap assignment kami lecturer proceed,lepas tuh happy go lucky! malangnya, gambar aku 5keping je proceed, yang lagi 200 pieces rebus dalam periuk!!! -,- lepas tuh minum air tuh. agak sia-sia lah jugak usaha. dari first pegang camera memang dah tak minat, sebab tuh la susah.. haaa. nak siapkan 6 assignment jugak, MNI pergi Melaka,Terengganu,Putrajaya,Dataran Merdeka, last sekali, Taman Tasik Titiwangsa. perghhh apa-apa pun usaha MNI tak sia-sia lah. Masa last day untuk buat final project tuh MNI buat all out.tak kesah dah apa pe pun.janji siap. Alhamdulillah settle beb.. :) dapat model cantik lagi, MNI upah make up sekali. pastuh ada 2org photographer baik hati datang tolong lagi.hehe.cantik la gambar MNI :D
Pasal duit pulak.. rasanya beratus-ratus lah habis untuk subjek nih sahaja. Last assigmnent pun banyak jugak keluar duit. malas nak kira sebab tahu memang sangat banyak. Alhamdulillah ada family yang membantu..
Nak tunggu exhibition je nih.tak sabar.. januari 2012. nanti MNI update. dikesempatan nih, MNI nak berterima kasih la.. kepada family. kepada kawan-kawan, Didi,Byla,Eety,Dyla,Ifa..dan sewaktu dengannya... thank you so much. kalau tak ada korang tak siap la assignment MNI. :p bawah nih gambar antara assignment MNI la..
nak bagi nasihat boleh?hehe : kepada yg nak ambil subjek nih,kalau terbaca blog MNI, pikir la dua tiga kali, berkali-kali lagi bagus, sebab subjek nih, banyak pakai duit.. banyak sangat sangat sangattttt!!! haaaa. masa pun terhad.. jadi jangan jadi macam MNI nak menyesal susah. makin hari makin tua. -,- lagi satu, peluang pekerjaan sangatlah TERHAD!! jadi, ,melentur buluh biarlah dari rebungnya.sekian terima kasih.... =='
long time no see..
Wednesday, December 21, 2011 | 8:39 AM | 0 comments
assalammualaikum and hello~
holla my blogger friends!!!to those who have visited my blog, I thank you. I am quite busy lately, so I do not have time to visit your blog back. but I will come to visit as well. so thank you!!!! and love you! setelah sekian lama tak update blog......
terbengkalai la rasanyer.huhu. last post, kad raya, fuhh raya dah lama kot habis.. biasa la kan. kemalasan melanda ;p .. sekarang dah nak masuk tahun baru. lagi 2minggu je. fuhhh MNI agak sibuk lah kebelakangan ni, well final project berterabur. Lepas je exhibition nanti, MNI nak upload karya-karya MNI.hiksss, lepas MNI nak cerita banyak cerita. haishh banyak tak terkira. dalam mimpi la. MNI nih tak boleh jadi blogger sebab malas nak update post. uhuh -,- whatsoever.. ok lah itu je untuk hari ni, sebab MNI nak siapkan assgmnent lagik!! sem nih semua subjek nak dapat semua A!!! amin. good night, sleep tight and have a great dreams!!!
kad raya: minal aidil wal'faizin.
Sunday, August 28, 2011 | 10:50 AM | 11 comments
Assalammualaikum!! hai follower2 dan blogger2 sekalian!!di kesempatan ini, saya amirah nur binti ishak a.k.a mira a.k.a rara a.k.a ra a.k.a mrs MH..teheee..ingin mengucapkan selamat hari raya! maaf zahir dan batin~ dikesempatan nih juga saya nak berpantun.....eheemmm...
**Lontong ketupat kari rendang,
wajib ada masa raya,
sambil makan kuih raya,
selamat hari raya!! hahahaha -,-
dikesempatan inih juga, haaa kesempatan kesempatan! tadak ayat lain ka! Sementara masih sempat! haaaa.. saya nak mintak maap banyak2 andai ada tersalah cakap, tercubit kat mana2? tersombong tak tentu hala, terperangai melelehh lelehhhhh...~ terlembab,tersasul,terkutuk,terhina,termakan,terminum,terbatuk,tersembur,tercarut,terumpat! ehhh? emmm,tersuka,terdengki,dannn yang paling penting, terhutang.. harap dihalalkan la yerr..dan dimaapkan.. bajet semua nak TER... macam semua tak sengaja.hehe.. ampun ampun!! mintak ampun ugak at mak abah nan sume adikberadik mira!! haha dengan family kene manja-manja sikit~ mak abah dan family is everything!! mira mintak maaf sangat2,selama nih selalu menyusahkan! ermmm halalkan makan minum pakai tempat tinggal semua la. mak dan abah is the best ever! ILOVEYOU mak abah!! walaupun selalu kena marah.hehe. dah nih bukan cerita sedih..oke2 kawan yang saya sayangi..ILOVEYOU n IHATEYOU! baru balance~ ampun ampun! errr.. nak mention nama korang boleh..hehe. kepada mereka2 nih:
-Aziyana sani
-Didi Asbullah
-Fadhilah Harun
-Maisarah Muhammad
-Ammar ShafiQ
-Acidcul Coco Loco
-Ain/Atul/Zatie
-Dayang Hanifah
-etc
oke..err.. pendek kata lah, kepada semua yang mengenali MNI..eh, mira nur ishak laa!
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN !!! KOSONG-KOSONG HAAAA. taun depan buat lagi *ayat menggelabah! tahun nih nak kolek duit raya manyak-manyak..haaa kita nak beli kete~ errr?? oke semoga raya pada tahun inih mendapat keberkatan daripada NYA. aminn~ Raya-raya jugak, puasa jangan lupa ganti. okok! babai..samekoM~
LMH-MNI-PMY !!!
Tuesday, August 23, 2011 | 12:13 PM | 16 comments

Lee Min-ho and Park Min-young confirm they’re dating...
feedback from LMH fans------>
-This is SO AWESOME. *squees*
-OMG… When I read the title, I thought it was some rumor. Then it’s actually real and confirmed!
OMG….. But I’m happy for him cos he finally found a partner.
-Why do they release the news so soon (right after City Hunter)? I hope that’s not a deal.
-OMG THIS IS THE BEST THING EVER ...........
-happy happy!
-Two words:
F8CK YEAAAAAAAAAAAHHHH!!!!! ******MNI says:I LOIKE!! :)
-huge smile This is too cute!!!! >.< -I am happy for them but…. Minho is no longer single and ready to mingle!!! ): -HAHAHA my reaction exactly….but shes better than anyone else I know -I’m so conflicted too. I’m sad that LMHot is no longer single. But if it has to be anyone, then I’m happy that it is Nana Bear! Wish them all the best! This is one happy MinMin shipper!
-Me tooo!! I am happy that its Nana Bear….and I feel that Park Min Young is quite genuine as a person. But Lee Min Ho!!! I always wondered how I’d react to news of his dating….WHO he would eventually date…etc!! Now that its out…I am sad and happy at the same time…!! :!!! Best of Luck to you both!! :’( -OMG!!!! I’m so happy for them *.* (sure I want Lee Min-ho all for myself too) But… YAY!!!
- I thoughts exactly!
-Awww I’m sooo happy for them both! Min Young, I am so envious of you. You are one lucky chick. Min Ho, you are still sooo hawt! This news has brightened up my day. I have a stupid grin on my face and I’m getting weird looks from my co-workers. ^_^ I hope fans/netizens/papparazzi will give them space and not force a break up which has been happening a bit too often these days.
-I’m also very afraid for PMY. She already has many antis; now she may suffers more bashing from LMH fans. Fighting City Hunter and Nana Bear! Fighting LMH and PMY! May your relationship last for a long time. -OH MY GOD Lee Min-ho is officially off the market. *SOB*
-I’m happy for them. I really am. Really.
-Yay!! Haha. I’m sad but at the same time happy for them. =)
my reaction!! watde.... oke congratulation..HAHA bonggok. sumber: credit:reference
bangsa semit ( salasilah & tambo yahudiah)
Monday, May 16, 2011 | 5:07 AM | 0 comments

Dalam Al-Quran pun ada tulih, dalam banyak-banyak bangsa kat muka bumi ni, bangsa yg paling banyak menerima rahmat dan nikmat ialah kaum Yahudi. But then again, diorang gak lah bangsa yang paling banyak buat bloodshed dan violence kat dunia nih. Tapi kekejaman terbesar atau terhebat yang diorang buat kat dunia nih cuma dua kali jer (marrotaini) - benda ni ada disebut dalam Al-Quran. korang bleh g carik tuk buat kajian..................
Initially, since bangsa Yahudi berkembang time-time Nabi Musa dulu, masa diorang dibawak dari Mesir ke Gunung Sinai dan kendian ke Canaan sampailah ujud negara Madinah. Bangsa Yahudi macam starting aku cakap tadi ialah bangsa pilihan. Tapi still diorang buat sadisme dengan membunuh para Nabi, mengubah kitab suci, persendakan nabi-nabi, dan memacam zillions dosa lagi. Diorang kiranya paling berkuasa dan at the same time, yang paling brutal.
Namun bila tiba je Islam kat dunia lalu membina negara dan tamadun kat Madinah pada zaman Rasulullah, Yahudi straight jadi kaum yang bangang-bangang. Mana je diorang gi, orang akan menyirap tengok diorang hatta buatkan diorang selalu kena tindas dan kena lauk - tak kisahlah kat Eropah ke, Russia ker, bahagian-bahagian Timur Tengah sana ker, ataupun Afrika. Korang tau tak?. satu part tuh, kat berabad-abad lamanya, Yahudi kiranya jadi semacam machai dan paria rasmi planet bumi sampailah waktu Holocaus ( sebuah pemusnah sistematik ke atas jutaan kaum Yahudi, golongan bijak pandai, kelompok homoseksual dan puak pemberontak politik) pada zaman Hilter dulu. Bagi Yahudi, ini ialah saat-saat yang paling hampeh dalam tambo(sejarah)diorang.
Namun, tah camna, ngan bahalolnyer, pada tahun 1948, dengan sokongan 110% yang diberikan oleh British dan Amerika, Negara Yahudi yang tersendiri terbentuk kat atas bumi Palestin, lepas negara Afrika semua me'reject' bagi penempatan kat diorang - sebabkan satu dunia jijik ngan nama Yahudi, diorang akhirnya come out dengan nama Israel untuk negara dan bangsa diorang. Israel tuh adalah nama Nabi Yaakub dalam bahasa Ibrani (Yahudi Kuno). And the rest is history - diorang pun memulakan baliklah rutin kekejaman yang dibuat berabad-abad lamanya sebelom nih. Dan peperangan pun berlakulah kat area tebing Barat pada sekitar tahun 1948, 1967, 1972 dan sekarang nih.
Jadi bebaiklah! Inilah expanding Yahudi yang kedua seperti yang tertulis dalam Al-Quran. Meaning, Yahudi sekarang berada pada saat kemasyuran diorang, empayar diorang sekarang nih baru berusia 54 tahun-still mentah lagi; baru separuh jalan nak berkuasa. seperti yang biasa berlaku dalam sejarah, satu-satu kuasa atau tamadun tuh akan bertahan paling koman pun 100 tahun. So, satu hari nanti diorang pasti akan jatuh gak. Tapi lambat lagilah kita nak tengok orang Yahudi nih jadi terhina balik buat kali kedua dan terakhir yekk?.. kita yang already idop sekarang nih for sure tak dapat tengok pristiwa tuh suatu hari kelak. Sayang! sayang sangat-sangat.!!!
Gentlelah aku cakap, Yahudi adalah satu bangsa yang cekal, bijak like hell, tak berakhlak dan racist. Walaupun dalam Exodus Joshua (kitab-kitab yang mengandungi naratif penghijrahan bangsa Yahudi ke Madinah), ada semacam satu view positif orang Yahudi terhadap bangsa lain tapi Yahudi lagi prefer amik ayat dari kitab Taurat yang lebih agresif yang kononnya menyatakan Tuhan membenarkan kemusnahan bangsa-bangsa lain (kelas keldua) kat dunia nih. Huhh!!!
Bangsa Palestin kalau nak dinisbahkan ngan Yahudi - mengikut pandangan Yahudi sendiri ialah semacam kegelapan ngan cahaya. Oleh yang demikian, bangsa Palestin mesti menerima nasib yang sama seperti bangsa Amalek( satu bangsa minoriti dibawah jajahan bani Israel dulu); dalam Kitab Taurat, Tuhan kononnya memerintah Bani Israel membunuh mereka tanpa belas kasihan. Maka sebab itu, Haim Tzuria(jurucakap Yahudi) menganggap jihad yang dilakukan oleh kaum Palestin tuh sebagai: "......dalam setiap generasi, ada sekelompok orang yang bangkit memberontak yang harus kita musnahkan, kerananya setiap generasi ada Amaleknya sendiri. Bangsa Amalek pada generasi kita memperlihatkan dirinya dalam kebencian mendalam orang Arab terhadap kebangkitan nasional kita di Holy City(Jerusalem) kita."
Jadi korang saksikanlah camnah orang Yahudi meng'hunt', membunuh, membuat massacre ke atas rakyat Palestin time tengah bersolat jemaah semua. Bagi diorang orang Palestin itu adalah Amalek.. Dan diorang merasakan bangsa Yahudi tu (semit) adalah lagi terhormat daripada bangsa Amerika (Aria), Eropah(Roman), Arab, Parsi(Ajam), Iraq dan Afghan(Pushtu)..
Ada 6 juta rakyat Yahudi kat Amerika yang berkuasa tahap karma dan boleh buat apa yang diorang nak buat. Aku pun tak pastilah, tapi dengar cerita pemerintahan Amerika Syarikat adalah dibawah ZOG( Zionis Occupation Government) yang dicontrol sepenuhnya oleh Yahudi..
Hmmmm..canne yerkk, Islam nak hentak Yahudi suatu hari nanti sedangkan diorang ada senjata power-power, tentera yang terel-terel dan dibacking sepenuhnya oleh Amerika? Senjata nuklear, kimia, biologi memanglah akan digunakan tapi taklah 100% berkesan. Memanglah beratus-ratus ribu orang Islam akan mati tapi yang lelain ( cam kita yang masih dok melepak dan berpesbuk nih) akan bangun menentang. Nabi Muhammad s.a.w. pernah story pasal hal akhir zaman nih; pasal Amerika akan serang Iraq suatu hari nanti sebab nak tibai minyak kat Sungai Furad. Pasal Yahudi akan numpang sekaki dan seterusnya menyerang negara Islam yang lain seperti Syria, Jordan, Lubnan; Arab Saudi - negara Islam semuanya ni berada dibawah peta sulit zionis yang membawak dari Laut Mediterranean sampai ke Sungai Euphrates. Dan patuh, akan berlakulah peperangan yang terbesar dalam sejarah sejagat diantara Islam dan Kuffar di Ain Jalud. Sampai satu tahap, burung yang terbang kat udara pun akan mati sebab melihat mayat-mayat bergeletak kat atas tanah. nauzubillah....
Tapi apa kata Rasulullah pasal peperangan nih?? 1/3 umat Islam akan syahid, 1/3 lagi akan lari dari medan perang, dan 1/3 lagi akan menang. Namun begitu Islam akan tetap bangun berperang. Diorang tak takut mati. Banyaklah kiranya yang akan hancur bersepai menyembur darah dari badan. Cuma sikit ajelah yang akan rasa kemenangan.
Pasal FATE bangsa Yahudi pulak, dalam peperangan tuh diorang akan dibelasah abis-abisan sampaikan batu dan pokok pun akan bercakap untuk bagi tau tempat diorang dok sembunyi.
Dan bila abis bapak segala perang nih, Amerika, Eropah dan Israel dapat ditewaskan. Dunia akan diperintah oleh umat Islam. Keadaan kembali makmur, aman dan sentosa. Orang kaya akan round satu dunia untuk mencari orang yang layak menerima zakat.
Tak ke best suasana tuh?? Jangan risau, tuh semua akan berlaku suatu hari nanti, cuma persoalan yang banyak menggigit kat benak aku sekarang ialah - bila?????
-Tamat-
--> ini aku terbaca kat (AkudanSesuatu)edisi2003- ditulis oleh nazim masnawi. yeahh sayalah kipas susah mati tuh..wakaka. ta paham? oke!! -,-
So..aku nak sharing la cerita nih. boleh menambah ilmu..
assalammualaikum dan terima kasih -.-
hadoyaii.panjang lebar -,-
Tuesday, May 10, 2011 | 9:21 AM | 6 comments

korang tahu tak?? mengikut poll yang dibuat oleh talkshow : The tonight show with Jay Leno, punca utama sebuah relationship tu tak begitu menjadi adalah disebabkan lelaki kerana dorang nih susah sangat nak paham maksud.................. sebenar 'hubungan cinta'. Misalannya adalah mamat nih: Jali ajak seorang awek: Yati g dating. Si Yati nih terima dan dorang enjoylah keluar sesama. Kendian, kerja dating-mendating nih pun berlarut lah sampai satu part tu, dorang dah tak keluar dengan orang lain lagi dah. Hatta, adalah satu malam ni, masa dorang on the way dari tengok wayang, tetiba ada sebijik buah pikiran singgah kat otak Yati: adakah kiteorang ni sedang bercinta atau sekadar member biasa? lantas dengan berkias, dia menyoal Jali,
"Awak sedar tak, dah dekat lapan bulan kita berdating?"
"Ye,so?" jawab Jali sempoi. Otaknya tertumpu keepada filem yang ditengoknya tadi. Dengan separuh mati, dia cuba memahami balik plotnya yang bagi dia complicated giler. Sampai kening pun naik berkerut-kerut. Dan Yati pun terus terdiam. Dalam hatinya berpikir: hmmmm mungkin memang kot? Cuma aku nih je yang tak paham-paham. Tengoklah muka dia dah masam mencuka. Tapi apa boleh buat aku perlukan jawapan!!
"Err sorilah pasal soalan tadi tu yer?" sambung Yati seraya memohon mahap.
"Nape lak?" kembali Jali menyoal.
"Iyelah sebab tak paham-paham pasal hubungan kita nih,"jelas Yati.
"Hubungan? hubungan apa?" Jali kian keliru.
"Iyelah pasal hubungan kita nih, takan lah awak tak paham?" Yati plak yang mula hangin. Dan Jali terus dirundung binggung, namun disebabkan nak cover macho, dengan sedikit tergugup dia cuba buat-buat paham, "Oh..aaaa yelah!" lalu terus menyepikan diri sepanjang perjalanan. And then, sampai je kat rumah, Yati terus berbaring diatas katilnya dengan berpikir pasal 'hubungan cinta' dia sampailah ke pagi. Manakala Jali plak, bila sampai ke umah terus berdengkur,biarpun masa tukar pakaian tido tadi dia ada pikir skit pasal kepelikan Yati masa kat dalam bas tadi. Pun begitu, at last, dia ambik keputusan untuk buat dunno aje. Heh, persoalan yg aku nak ketengahkan kat sini bukanlah pasal perbezaan sikap tapi pasal perbezaan spesis makhluk. Yati tak dapat berkomunikasi hati ke hati dengan Jali kerana total keseluruhan pikiran mamat tuh pasal sebuah 'hubungan cinta' adalah - huh??
Tahu sebab apa jadi camtuh? Senang je, sebab dia ada otak kaum Adam yang secara umumnya adalah organ untuk mentafsir dan menyelesaikan masalah sahaja; tak lebih daripada itu dan tak sesuai sebenarnya ngan benda yang berunsur metafora seperti CINTA, keperluan hati dan kepercayaan. Kalau otak sorang laki tuh perlu memberi pendapat pasal sorang awek, dia lagi suka bercakap berdasarkan fakta yang dilihatnya seperti betapa gebu nya kulit pompuan itu atau betapa terdedahnya pakaian dia. Kaum Hawa ada masalah untuk terima hakikat ni. Diorang percaya lelaki perlulah pada kekadang waktu memikirkan sedikit sebanyak pasal 'hubungan cinta'. Diorang selalu memberi gambaran: macam mana ye sorang lelaki tu boleh berjumpa ngan sorang pompuan setiap hari; bertelefon setiap malam tanpa memikirkan langsung pasal sesebuah 'hubungan cinta' itu? Sebenarnya, gambaran itu silap. Lelaki memang ada pikir pasal menatang tu, cuma daripada aspek yg berlainan skit je. 'Hubungan cinta' sorang lelaki tu adalah bagaikan, seekor semut diatas sebijik tayar lori. Semut tu percaya yang tayar adalah sesuatu yg besar dan best biapaun dia tak tahu kejadahnya. Dan apabila lori itu mula bergerak dan tayar berpusing, semut itu boleh agak ada sesuatu yg gempak sedang berlaku tetapi sehinggalah dia dipusarkan 180 darjah kebawah dan dipenyekkan; persoalan yg cuma timbul kat otak kecilnya itu adalah -huh??? Senang cakap, sikap lelaki yang jarang amik berat dan ego membuatkan diorang ada kesukaran untuk memahami cinta. Aku tengok lelaki setiap kali berdating, lagi suka mendiamkan diri. kalau ditanya pendapat lagi prefer menjawab: errrr, sukahatilah!! Dan kalau dah jatuh cinta dorang akan amik keputusan untuk mendiamkan diri sehingga si perempuan tuh pun naik pening kepala. Tak caya, cuba ajak boyfren kesayangan korang tuh kawin, agak-agak dia nak ke? jawapan dia mestilah - huh??
Oleh yang demikian, kat sini aku sediakan tip2 terpenting untuk kaum Hawa bg otak kaum Adam berfungsi camginih:
"Wah, sebagaimana sedapnya makanan kat restoran nih, sehebat itu jugaklah 'hubungan cinta' kita, kan Jali?!"
"Untuk hari jadi awak esok, kan Jali, saya belikan awak hadiah minyak wangi CK eternity; lagi satu tanda yg kita mempunyai 'hubungan cinta'. Tak gitu". So, kepada kaum Hawa jgn give up. Dan pada akhirnya, ia akan merasuki otak lelaki yg korang syok tuh. Dan dia akan mencari sorang membe lelaki, untuk citer pasal pompuan yg dia syok, dia akan kata:
"Aku ngan Yati,kitorang ada....urrrmmmm.. kitorang ada...urrrmm..kitorang.. kitorang.... semacam satu 'benda'"..
Dan percayalah, dia memang maksudkan CINTA..
-Tamat-
(penulis-Nazim Masnawi(AkuDanSesuatu)
Let's dream!!
Thursday, April 21, 2011 | 7:52 AM | 1 comments
Oi Oiii before read, please press the stop button if you feel annoyed or press the pause button on your song playlist,then have fun while reading it.. wachaaaa
Dream...
I dream high. I have a dream. When times get tough, I close my eyes. The moment that my dream comes true, I replay it and make myself stand tall. Today, I faltered again in fear, like a fledgling afraid to fly in fear of falling. Can I keep doing it? Will my dream come true? Every time I get scare of walking, I take a step.
I dream high, I have a dream.. When times get tough, I close my eyes. The moment my dream comes true, I replay it and make myself stand tall. I can fly high, believe in me. Someday into the sky, with wings outspread more than anyone else, I'll fly high freely. I need courage to help myself, who fell, to stand up. The courage to dust myself off, stand up and run again. I'll give it my all and jump over the wall which is taller than my height.
And I.. I have a dream. Even when I was torn and shattered. The dream that I treasured deep inside my heart. Everyone worried, that a fruitless dream is poison. That the world is like a book with a decided ending. That I can't change reality. Yes I, I have a dream. I believe in that dream so please watch me, against that cold tall wall called fate. I can stand before it. Someday, I will go over that wall, and soar over the sky. Even this world cannot tie me down. At the end of my life, let's laugh together.......
p/s: $$24,000.00++4% interest.. at least =30,000.00!!!! OMG!!!
Cerita cikgu
Sunday, April 17, 2011 | 12:21 AM | 0 comments

Diceritakan oleh seorang guru kepada ibubapa>dihebahkan oleh kakak ! ~.~
Assalammualaikum dan salam satu Malaysia.
Zaman berubah dari semasa ke semasa, masa saya kecik-kecik dulu, selalu tengok cerita Dragon Ball dengan Sailormoon! Waaachaaaa, eh2 tengok-tengok tadi kat TV7 dah ada balik cerita tuh. Wahh terasa berada diwaktu umur 7tahun pulak. Opsss salah tajuk, nak cerita lain..ngeeeeee.

Ehem..lets start again yaaaa. -,-
Seorang cikgu berceramah kepada ibubapa.
Ibubapa zaman sekarang dengan zaman dulu sangat berbeza, dorang tak dapat nak bezakan mana yang baik untuk anak-anak mereka. Bagi ibu bapa dulu-dulu, mereka je yang betul, guru-guru semuanya salah, sebab apa? Sebab mereka dulu lebih rasa asam garam dari guru-guru yang baru nak belajar kehidupan. Tapi, ibubapa selalu salah paham, dan menganggap tujuan atau misi guru-guru tu adalah untuk membuang masa anak mereka. Kesian si guru.
“Kembali ke zaman silam saya sewaktu baru bergelar guru”, kata cikgu itu.
“Ibubapa saya berasal dari kampong, memang orang kampong la. Tapi anak-anaknya semua berjaya termasuk la saya,yang sekarang bergelar guru. Saya anak sulung dari 3 beradik. Jadi saya memang jadi kebanggaan kedua ibubapa saya. Satu kampong dihebahkan saya menjadi seorang guru di kuala lumpur. Orang kampong semua bangga. Mungkin saya satu-satu nya orang yang berjaya jadi cikgu kat kampong kot. Padahal di Kuala Lumpur pekerjaan cikgu cuma dianggap biasa saja. Saya mempunyai 2 orang adik lelaki dibawah saya. Adik kedua saya nih, dia berjaya belajar sampai Oversea. Memang sangat-sangat membanggakan ibubapa saya. Ofcoz laa perkara pertama ibubapa saya buat adalah bagi tau satu kampong !. Memang orang kampong begitu, suka sharing. Yee tak. Benda baik tak pe. Ok lepas saja adik saya graduate, dia balik ke Malaysia. Dia bekerja di kilang. Ok stop dulu cerita pasal adik kedua saya. Sambung cerita tentang adik ketiga saya pulak. Dia nih belajar sampai SPM je. Tapi dia juga tetap menjadi kebanggaan ibubapa saya, sebab apa? Sebab dia berjaya menghabiskan SPM dengan lulusnya dan ditawarkan bekerja di BANK. Setiap kali raya, atau setiap kali balik kampong. Adik saya yang kedua nih, susah sangat nak balik, sebab ibubapa saya suka membebel suruh tukar pekerjaan dia. Daripada kerja kat kilang, pergi kerja dekat bank macam adik yang ketiga. Satu kampong ibubapa saya hebohkan pasal anak dia yang belajar kat oversea,balik-balik Malaysia kerja kat kilang! Memang malu lah adik kedua saya nih nak balik kampong. Sebenarnya, adik kedua saya nih, bekerja di kilang sebagai Engineer, dan adik saya yang kedua bekerja di BANK sebagai despact( yang hantar2 surat tu). Tapi disebabkan tempat dia bekerja adalah BANK. Ibubapa saya bangga gila! Padahal pangkat dan gaji adik kedua saya lagi tinggi 3xganda daripada adik ketiga saya,malangnya tempat kerja dia di KILANG. Ibubapa saya tak paham. Biasalah orang kampong. Penat adik kedua saya nih pikir macam mana nak tukar kerja ke BANK, sebab lulusan ijazah dia sebagai engineer. Dekat BANK mana ada jawatan engineer. Terpaksa lah dia telan je bebelan ibubapa saya. Walaubagaimana tinggi pun anda belajar jangan lupa ibubapa dan sayangi mereka seperti mereka menyayanggi anda,walaupun mereka berbeza pendapat dengan kita. Tanpa mereka siapalah kita yang sekarang nih”
mom dad ! I
YOU!!!
Untitled post 2
Wednesday, April 13, 2011 | 12:34 AM | 0 comments
Kisah seekor semut ( bukan dongeng)Di zaman Nabi Sulaiman a.s berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman a.s nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Sulaiman a.s merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut:
" Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab:
"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya:
" Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut:
"Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan:
"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam
bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman a.s lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman a.s menemplak semut:
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut:
"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Get Here!
Lagenda Si Babi berhidung penyek
Di waktu dahulu kala, terdapat sebuah negeri haiwan, di negeri haiwan nih ada seekor badak, seekor babi, seekor gajah, dan seekor burung garuda. Mereka semua bersahabat baik, mereka suka menolong antara satu sama lain, pada waktu ini, hidung si babi masih lagi normal.(tak tau la nak bayangkan macam mana). Mereka berempat suka bermain bersama. Pada suatu hari, sedang mereka berempat seronok bermain, si babi cemburu melihat burung garuda terbang di udara. Dia ingin terbang seperti si garuda. Lalu, si garuda kesian melihat si babi. Dia mencadangkan untuk membawa si babi terbang bersama. Malangnya, si badak dan si gajah menghalang. Mereka juga mahu terbang bersama. Disebabkan garuda sayang akan kawan-kawan baiknya,dia akan membawa mereka satu persatu untuk terbang. Akan tetapi, si gajah,si badak, dan si babi berebut untuk terbang dahulu. Mereka semuanya ingin menjadi haiwan yang pertama terbang. Dan mereka mulai bergaduh sesama sendiri. "Wahai sahabat-sahabatku, janganlah kalian bermusuhan, akan ku bawa kalian sekali gus terbang bersamaku",kata si garuda. Mereka bertiga senang hati mendengarnya, lalu mereka bersiap-siap untuk terbang. Pada keesokkan harinya, si garuda menyediakan 3 urat tali untuk di ikat pada gajah,badak dan babi. Setelah selesai, si garuda bersiap sedia untuk terbang. Malangnya, tali itu putus. Ia putus mengikut urutan, tali yang pertama putus adalah si babi,kemudian di ikuti gajah dan badak. Si babi dihempap gajah dan badak sehingga menyebabkan hidungnya penyek! Sebab itulah sekarang, rupa hidung babi agak pelik.
Lagenda Si Kucing bernyawa sembilan
Pada suatu hari, di negeri haiwan terdapat haiwan yg sangat baik hati,iaitu kucing. Hari pertama, si kucing menolong seekor burung yang terjatuh ke sungai. Akibat air yg deras si kucing mati kerana menyelamatkan si burung. Pada hari kedua,si kucing menolong kambing yang akan dimakan singa. Si kucing, mencakar, menumbuk dan menendang si Singa. Si kambing memang selamat, namun pada akhirnya si kucing yang kemudian dimakan oleh sang singa. Pada hari ketiga, si kucing menolong seekor katak yang entah bagaimana naik ke pohon yang tinggi namun tidak dapat turun lagi. Si kucing berhasil membantu si katak turun dengan selamat, namun kerana batang pohon yang dipijak sudah tidak kuat menahan berat badan kucing, maka si kucing terjatuh ke tanah dan mati. Raja Kucing sangat resah melihat hal ini. Dia sendiri adalah seekor kucing yang sangat suka menolong haiwan lain, Dia khuatir kucing akan pupus. Lalu, Raja Kucing kemudian menceritakan semua kepada Dewa Hutan. “Baiklah… Aku akan membantu kaum kucing.” titahnya sambil berdiri. “Mulai saat ini akan kuberikan anugrah kuku yang kuat bagi kaum kucing,juga mata yang bercahaya pada malam hari.” Sebab itu,kucing mempunyai kuku yang tajam dan matanya bersinar pada waktu malam.
Pada suatu hari, telah berlaku kebakaran dihutan, kucing juga tidak segan-segan menolong haiwan lain. Banyak sekali kucing yang tewas terbakar sebab menolong haiwan lain.Raja Kucing risau,sebab banyak kucing yang mati.. Kemudian, Raja Kucing kembali menghadap Dewa Hutan, dan menceritakan semua. Kali ini,untuk terakhir kalinya, Dewa Hutan menganugerahkan kaum kucing 9 nyawa kerana sifat mereka yang suka menolong dan baik hati. Sejak saat itu, kucing memiliki 9 nyawa. Mereka dapat mengorbankan 8 nyawa mereka untuk menolong kawan-kawan yang sedang dalam bahaya, namun nyawa ke-9 harus mereka simpan untuk hidup mereka sendiri.
Sebab itulah, kucing-kucing zaman sekarang hanya memiliki satu nyawa saja untuk hidup! Kalau tak manusia yg mati,sebab tengok kucing kene langgar tak mati-mati.huhu.
Get Here!
::kenapa anjing dan kucing selalu bergaduh?/ kenapa semut mayat?/ kenapa kenapa! wallahualam :)




























