Assalammualaikum. need more readers and feedback than followers. big hugs :'> Let's Follow my world | back to Dashboard
MNI's WWW

 Sweet Readers


"Where we love is home, home that our feet may leave, but not our hearts." Love has features which pierce all hearts, he wears a bandage which conceals the faults of those beloved. He has wings, he comes quickly and flies away the same.

There is no pain equal to that which two lovers can inflict on one another. This should be made clear to all who contemplate such a union. The avoidance of this pain is the beginning of wisdom, for it is strong enough to contaminate the rest of our lives.

Fruit basket

Mort Itachi <3

LEE MIN HOO -BOF- <3

LEE MIN HOO <3
Credit



Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome



hadoyaii.panjang lebar -,-
Tuesday, May 10, 2011 | 9:21 AM | 6 comments

korang tahu tak?? mengikut poll yang dibuat oleh talkshow : The tonight show with Jay Leno, punca utama sebuah relationship tu tak begitu menjadi adalah disebabkan lelaki kerana dorang nih susah sangat nak paham maksud.................. sebenar 'hubungan cinta'. Misalannya adalah mamat nih: Jali ajak seorang awek: Yati g dating. Si Yati nih terima dan dorang enjoylah keluar sesama. Kendian, kerja dating-mendating nih pun berlarut lah sampai satu part tu, dorang dah tak keluar dengan orang lain lagi dah. Hatta, adalah satu malam ni, masa dorang on the way dari tengok wayang, tetiba ada sebijik buah pikiran singgah kat otak Yati: adakah kiteorang ni sedang bercinta atau sekadar member biasa? lantas dengan berkias, dia menyoal Jali,
"Awak sedar tak, dah dekat lapan bulan kita berdating?"
"Ye,so?" jawab Jali sempoi. Otaknya tertumpu keepada filem yang ditengoknya tadi. Dengan separuh mati, dia cuba memahami balik plotnya yang bagi dia complicated giler. Sampai kening pun naik berkerut-kerut. Dan Yati pun terus terdiam. Dalam hatinya berpikir: hmmmm mungkin memang kot? Cuma aku nih je yang tak paham-paham. Tengoklah muka dia dah masam mencuka. Tapi apa boleh buat aku perlukan jawapan!!
"Err sorilah pasal soalan tadi tu yer?" sambung Yati seraya memohon mahap.
"Nape lak?" kembali Jali menyoal.
"Iyelah sebab tak paham-paham pasal hubungan kita nih,"jelas Yati.
"Hubungan? hubungan apa?" Jali kian keliru.
"Iyelah pasal hubungan kita nih, takan lah awak tak paham?" Yati plak yang mula hangin. Dan Jali terus dirundung binggung, namun disebabkan nak cover macho, dengan sedikit tergugup dia cuba buat-buat paham, "Oh..aaaa yelah!" lalu terus menyepikan diri sepanjang perjalanan. And then, sampai je kat rumah, Yati terus berbaring diatas katilnya dengan berpikir pasal 'hubungan cinta' dia sampailah ke pagi. Manakala Jali plak, bila sampai ke umah terus berdengkur,biarpun masa tukar pakaian tido tadi dia ada pikir skit pasal kepelikan Yati masa kat dalam bas tadi. Pun begitu, at last, dia ambik keputusan untuk buat dunno aje. Heh, persoalan yg aku nak ketengahkan kat sini bukanlah pasal perbezaan sikap tapi pasal perbezaan spesis makhluk. Yati tak dapat berkomunikasi hati ke hati dengan Jali kerana total keseluruhan pikiran mamat tuh pasal sebuah 'hubungan cinta' adalah - huh??
Tahu sebab apa jadi camtuh? Senang je, sebab dia ada otak kaum Adam yang secara umumnya adalah organ untuk mentafsir dan menyelesaikan masalah sahaja; tak lebih daripada itu dan tak sesuai sebenarnya ngan benda yang berunsur metafora seperti CINTA, keperluan hati dan kepercayaan. Kalau otak sorang laki tuh perlu memberi pendapat pasal sorang awek, dia lagi suka bercakap berdasarkan fakta yang dilihatnya seperti betapa gebu nya kulit pompuan itu atau betapa terdedahnya pakaian dia. Kaum Hawa ada masalah untuk terima hakikat ni. Diorang percaya lelaki perlulah pada kekadang waktu memikirkan sedikit sebanyak pasal 'hubungan cinta'. Diorang selalu memberi gambaran: macam mana ye sorang lelaki tu boleh berjumpa ngan sorang pompuan setiap hari; bertelefon setiap malam tanpa memikirkan langsung pasal sesebuah 'hubungan cinta' itu? Sebenarnya, gambaran itu silap. Lelaki memang ada pikir pasal menatang tu, cuma daripada aspek yg berlainan skit je. 'Hubungan cinta' sorang lelaki tu adalah bagaikan, seekor semut diatas sebijik tayar lori. Semut tu percaya yang tayar adalah sesuatu yg besar dan best biapaun dia tak tahu kejadahnya. Dan apabila lori itu mula bergerak dan tayar berpusing, semut itu boleh agak ada sesuatu yg gempak sedang berlaku tetapi sehinggalah dia dipusarkan 180 darjah kebawah dan dipenyekkan; persoalan yg cuma timbul kat otak kecilnya itu adalah -huh??? Senang cakap, sikap lelaki yang jarang amik berat dan ego membuatkan diorang ada kesukaran untuk memahami cinta. Aku tengok lelaki setiap kali berdating, lagi suka mendiamkan diri. kalau ditanya pendapat lagi prefer menjawab: errrr, sukahatilah!! Dan kalau dah jatuh cinta dorang akan amik keputusan untuk mendiamkan diri sehingga si perempuan tuh pun naik pening kepala. Tak caya, cuba ajak boyfren kesayangan korang tuh kawin, agak-agak dia nak ke? jawapan dia mestilah - huh??
Oleh yang demikian, kat sini aku sediakan tip2 terpenting untuk kaum Hawa bg otak kaum Adam berfungsi camginih:
"Wah, sebagaimana sedapnya makanan kat restoran nih, sehebat itu jugaklah 'hubungan cinta' kita, kan Jali?!"
"Untuk hari jadi awak esok, kan Jali, saya belikan awak hadiah minyak wangi CK eternity; lagi satu tanda yg kita mempunyai 'hubungan cinta'. Tak gitu". So, kepada kaum Hawa jgn give up. Dan pada akhirnya, ia akan merasuki otak lelaki yg korang syok tuh. Dan dia akan mencari sorang membe lelaki, untuk citer pasal pompuan yg dia syok, dia akan kata:
"Aku ngan Yati,kitorang ada....urrrmmmm.. kitorang ada...urrrmm..kitorang.. kitorang.... semacam satu 'benda'"..
Dan percayalah, dia memang maksudkan CINTA..

-Tamat-
(penulis-Nazim Masnawi(AkuDanSesuatu)